Sepuluh tanda-tanda qiamat yang
disebutkan Rasulullah saw. dalam
hadis ini adalah tanda-tanda qiamat
yang besar-besar, akan terjadi di
saat hampir tibanya hari qiamat.
Sepuluh tanda itu ialah:
1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang
seperti selsema di kalangan orang-
orang yang beriman dan akan
mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan,
hinggakan ramai orang yang akan
terpedaya dengan seruannya.
3. Dabbah-Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah
yang akan bercakap bahawa
manusia tidak beriman lagi kepada
Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman
orang kafir dan tidak menerima
taubat daripada orang yang
berdosa.
5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam
Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau juga yang akan
membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerusakan
dipermukaan bumi ini, iaitu apabila
mereka berjaya menghancurkan
dinding yang dibuat dari besi
bercampur tembaga yang telah
didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya
pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur.. Bisa jadi ini mengacu kepada gempa di China,
Tsunami di Aceh.
8. Gempa bumi di Barat. Bisa jadi ini akan terjadi di daerah Mexico,
Argentina, Brazilia dan negara-
negara Amerika Latin
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.. Kemungkinan kasus longsor di Mesir
sebagai pembukanya.
10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. (Apa ini bahaya
Nuklir?) Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar
al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari
beliau mengatakan: “Apa yang dapat
dirajihkan (pendapat yang terpilih)
dari himpunan hadis-hadis Rasulullah
Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-
petanda besar yang mengakibatkan
perubahan besar yang berlaku
dipermukaan bumi ini. Keadaan itu
akan disudahi dengan kematian Nabi
Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya
matahari dari tempat tenggelamnya
adalah permulaan tanda-tanda
qiamat yang besar yang akan
merusakkan sistem alam cakrawala
yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa
qiamat yang dahsyat itu. Barangkali
keluarnya binatang yang disebutkan
itu adalah terjadi di hari yang
matahari pada waktu itu terbit dari
tempat tenggelamnya”.